Suasana pilihan raya Pilihan_raya_DUN_Sarawak_2011

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar melalui pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 21 Mac 2011.

Pada awalnya Pakatan Rakyat Sarawak(PKR-DAP-PAS-SNAP) berbincang untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional di 71 DUN. Walau bagaimanapun, akhirnya PKR dan SNAP bertembung di 25 kerusi semasa hari penamaan calon. Sebagai parti yang di asaskan di Sarawak, SNAP merasakan bahawa hak kawasan tradisi (kawasan majoriti Dayak) seperti cuba dirampas dan diceroboh oleh rakan pakatan mereka iaitu PKR.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon diadakan pada 6 April 2011 de seluruh 71 DUN di Sarawak. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Selepas proses penamaan selesai, terdapat pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di DUN Belaga dan DUN Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di DUN Ngemah serta DUN Jepak.

Parti bertanding

Pada kali ini Barisan Nasional bertanding di kesemua 71 kerusi DUN di Sarawak. Pakatan Rakyat Sarawak termasuk SNAP sebelum ini berbincang untuk tidak bertandng sesama sendiri untuk melawan BN satu lawan satu. Namun, SNAP dan PKR tidak ada jalan penyelesaian mengenai jumlah kerusi yang menyebabkan pembankang berlawan sesama sendiri di lebih 20 kerusi, terutama di kawasan majoriti Dayak.

PartiKerusi ditandingi
Barisan Nasional:71
    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu35
    Parti Rakyat Sarawak9
    Parti Demokratik Progresif Sarawak8
    Parti Rakyat Bersatu Sarawak19
Pakatan Rakyat:69
    Parti Keadilan Rakyat49
    Parti Tindakan Demokratik15
    Parti Islam SeMalaysia5
Parti Kebangsaan Sarawak26
Parti Cinta Malaysia6
BEBAS41
Total213